kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagian datang bersendirian ke dalam hidupku..padahal aku seringkali tidak punya cukup persediaan untuk menikmatinya bersama..begitu banyak rasa sakit dan kehilangan dalam hidupku..padahal kalau difikir-fikirkan hidup terlalu singkat untuk aku rasai semua itu. Beruntunglah seseorang itu tahu apa yang mereka cari dan punya cukup waktu untuk mencari kerana aku tidak pasti punya cukup waktu untuk itu atau tidak..bahkan untuk aku sekadar menilai apa yang aku cari. Cuma ada dua hal besar dalam hidup aku...cinta dan kehidupan. Cinta! hmmm, aku belum rasa bercinta dalam erti kata yang sebenar mungkin pada aku cinta cukuplah sedalam-dalam hubungan persahabatan yang tulus. Kehidupan! ermmm, cuma ada seorang lelaki dan seorang wanita yang bergelar "Abah dn Ma"..orang yang paling aku sayang. Tanpa mereka, aku tiada didunia ini dan tanpa mereka juga apa guna lagi aku teruskan kehidupan ini.
Ketika aku sedia menerima keduanya, ertinya aku sedia menerima apa sahaja.
"aku boleh tak percaya pada orang, tapi kalau aku tak percaya pada orang yang sayangkan aku dengan tulus....semua itu beza. Itu namanya pengkhianatan, dan ianya sakit sangat. 'hanya Tuhan saja yang tahu'
No comments:
Post a Comment