Saturday, December 25, 2010

Kepercayaan


Percaya.....
Sukar untuk mendapatkan kau.....
Indahnya bila kau bersamaku.....
Gembiranya kita kan.....
Tiada apa yang jadi penghalang.....
Sebab aku percaya.

Percaya.....
Bila kau pergi .....
Tanpa sebab yang munasabah.....
Dengan sebab yang tak pernah aku duga.....
Pemergianmu aku relakan.....
Bersama herdikan pada diriku.....
Yang gagal mengekalkanmu.

Tapi wahai percayaku.....
Bila sekali kau datang.....
Dan bila sekali kau pergi.....
Takkan ada yang kedua.....
Kerana percayaku hanya satu.

aku akan mengakhiri usia 21tahunku. maybe tak cukup dewasa..tapi aku dah nampak banyak perkara. especially yang the latest aku dah faham pasal satu benda.


KEPERCAYAAN

seriusly. aku susah nak percaya orang baik lelaki atau perempuan. aku berkawan dengan semua tapi hakikatnya aku still memilih. sekali aku percaya seseorang..aku akan percaya die bulat2. tapi bila aku ditipu, diperbodoh, diperlakon atau dipermain..aku akan senyum jew. mungkin orang akan kata aku berpura2 sebab tak nak tunjuk rasa aku yang sebenar. tp aku tak kisah orang nak fikir apa pun. aku sayangkan persahabatan. aku sayangkan perhubungan. dan aku juga sayangkan ikatan. aku takkan memusuhi 3 benda ni....sebab aku pernah menyesal sekali coz aku lalai dengan tanggungjawab aku sebagai sahabat. aku gagal. aku gagal jadi kawan yang ada di waktu susah. aku tak mampu nak tolong kawan aku waktu die dipulaukan satu dunia. aku tak mampu tenangkan die. dan yang paling aku kesal aku tak bantu die kembali ke jalan yang benar. maafkan aku yunk!! dan sekarang aku ditipu berkali2 dengan orang yang semakin aku percaya. bukan seorang dua tapi lebih. sakitnya bile kepercayaan itu dipijak2. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? aku tak cukup mulia untuk memaafkan semua. tapi aku tak cukup keji untuk berdendam. cukuplah aku mendoakan agar semua insan yang pernah aku percaya gembira dan bahagia hendaknya. dan kini aku bertekad dalam diriku...KEPERCAYAANKU hanyalah satu kepadamu ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment