Selalunya orang bercakap tentang perbezaan antara kau dan aku. Tapi rasenya aku lagi berminat nak mempertikaikan perbezaan antara saya dan aku. Bila masa untuk kita guna dua kata ganti nama ini adalah bergantung kepada individu, keadaan dan masa yang sesuai. Ada orang selesa menggantikan nama beliau dengan Aku, begitu juga dengan Saya.
Eh aduh tetibe rase pening buat entry neh.
ok tak mengape. Penulis belog ini juga kadang-kadang membahasakan diri beliau sebagai Saya, kadang-kadang juga sebagai Aku. Anda jangan kompius kerana beliau bukanlah individu yang mempunyai 2 identiti yang berbeza, tetapi emosi beliau sahaja kadang-kadang tidak stabil seperti sekarang. *banyak la pulak kadang-kadang*
Saya selalu menggunakan Aku bila ingin membicarakan entry yang berkait rapat dengan peribadi dan ingin pembaca dapat merasai perasaan saya ketika itu. Dengan kata lain ingin berkongsi perasaan dengan anda. cewah macam selebriti la pulak :D Dan Saya pula aku guna apabila aku rase entry aku itu sesuai dengan kata ganti nama Saya. Kadang-kadang, bila guna kata ganti nama Saya akan menampakkan bahasa untuk entry itu sedikit sopan dan manje. eh manje??haha :P
No comments:
Post a Comment