Monday, January 17, 2011

Bukan kena bayar pun !!


Suatu petang di dalam kawasan kediaman yang diberi nama Dewasiswa Ilmiah..

''Pakcik ! Pakcik kerja kat sini sebagai tukang sapu sampah je, kutip-kutip daun, tak payahlah sampai kereta saya pun pakcik nak sapu.. Kalau tercalar macam mana..?'' Seorang gadis yang cantik, putih mulus kulitnya, cantik seperti model badannya, memiliki rambut yang beralun lembut, manis senyumannya, memaki seorang pakcik. Student final year mungkin, aku kenal sangat kereta dia...

''Eh mintak maaf dik, mintak maaf.. pakcik tak sengaja batang penyapu ni terkena kereta adik. Tercalar ke?'' ''Tercalar tu tak la ! Kalau tercalar macam mana? Saya ni bukan hidup mewah macam anak datuk, mana saya nak cari duit nak repair. Ishh !...'' Gadis cantik mendengus. Terpaku seketika pakcik tu sambil berlalu meninggalkan si gadis yang sudah memasuki perut kereta, dan meneruskan kerja beliau yang menjadi bahan ejekan oleh si gadis cantik.

Biadap sungguh perempuan ni. Perempuan macam ^#@%$. Aku yang waktu tu baru lepas makan tengahari bersama kawan2ku menyusun langkah dari foodcourt menuju ke kereta terdiam seketika dan memperlahankan langkah sambil memasang telinga dan menoleh ke arah suara yang sayup-sayup kedengaran. Aku biarkan kawan2ku mendahului di hadapan... Aku cuba meneliti wajah perempuan yang kurang moralnya. Laaa... Perempuan ni ke?! Spesis kurang ajar rupanya. Harapkan muka cantik, body meletup, otak okay la..., tapi budi pekerti? Hancur ! Apa, dia ingat dia cantik, dia hot, dia boleh biadap macam tu dengan orang tua?

Mata aku beralih subjek. Aku tengok wajah pakcik tu yang bekerja sebagai tukang kebun di kawasan kediaman. Airmuka dia berubah, dia kaku seolah-olah dimarahi oleh boss sambil memeluk batang penyapu, topi yang dipakainya dibetulkan untuk memberi ruang jarinya mengesat keringat di dahi. Kesian gila tengok pakcik ni. Perempuan cantik ni serius melampau. Orang tua kot. Bukannya sengaja. Entah apa lagi dia maki hamun pakcik tu.

Tinggi mana pun darjat kita, tak payah la nak berlagak, kurang ajar dengan orang. Kalau perempuan tu kurang ajar dengan aku, dapatlah jugak dia makan penampar free, tapi bila dia kurang ajar dengan pakcik tu, apa yang dia dapat? Dia sakit hati, pakcik tu pun terasa hati. Wei, dia orang tua wei ! Haihh.... Speechless serta merta bila tengok perempuan macam ni berperangai macam %$#&^.

Pakcik tu bukan sengaja. Dia kerja tengah-tengah panas, hujan ribut pun dia redah, semata-mata nak cari hasil pendapatan nak kasi anak-anak makan. Sampai hati perempuan ni... Dalam hati aku tak payah tanya la, memang aku sumpah seranah binatang kena samak hidung buruk tu punya. Dia orang tua wei ! Kasi respect la der walaupun dia jijik bau macam longkang sekalipun ! Taknak respect banyak, sikit pun jadi la.

Tak guna ada ilmu tinggi-tinggi tapi tak reti hormat orang. Kalau taknak hormat rakan2 sebaya pun kau punya pasal lah, ni orang tua der. Takde rasa simpati ke? Takde rasa bersalah maki hamun orang tua?
Tapi kerana seorang perempuan kurang ajar ni, maruah pakcik tu boleh tercalar, airmuka dia jatuh, hati dia mungkin remuk diperlakukan macam tu... Dia mencari rezeki yang halal der, bersihkan tempat tinggal kita, taknak bagi jin bertandang kalau tempat ni kotor penuh dengan sampah and sampah-sampah tu kita jugak yang buat, kenapa mesti takde langsung rasa hormat? Haihh... Kalau ada peluang, aku nak berterima kasih dekat pekerja-pekerja ni semua, kau ingat aku rajin nak sapu sampah depan rumah ni? At least bila ada dorang, dapat merasa la jugak ada orang gaji tolong bersihkan kawasan sekeliling. Aku terfikir jugak, macam mana agaknya budi bahasa perempuan ni kalau dia ada orang gaji kat rumah? Diperlakukan seperti hambakah? Ish..

Pakcik tu teruskan kerja kutip daun-daun kering yang luruh atas kereta-kereta yang tersusun rapi di lot parking. Kau tengok. Mana nak jumpa orang tua yang berhati mulia tolong kutip daun-daun kering satu persatu yang jatuh atas bumbung kereta, melekat di celah-celah wiper? Tak lain tak bukan pakcik yang kerja sebagai tukang kebun ni lah jugak yang buat semua tu. Taknak bagi student bising punya pasal. Mungkin pakcik tu fikir student kat sini taraf anak-anak orang kaya, anak-anak datuk, mak bapak ada company besar punya, nak bagi keselesaan. Kalau suruh cuci kereta ni pun dia sanggup buat, free tanpa bayaran. Mereka sedar dan segan mungkin dengan golongan macam ni. Kenapa dia boleh hormat kita, kita tak boleh hormat dia?

Tanpa disengajakn, pakcik tu terperasan mata aku asyik memerhati drama antara dia dan perempuan cantik tu tadi. Kami berbalas senyuman, tapi mungkin senyuman dia tu terselit rasa malu.. Sabar je la pakcik, tak semua student kat sini macam tu. Tak lebih 10% pun... Mungkin perempuan ni period kot time tu, emosi tak stabil, tengok gaya macam baik, ramah je dengan orang, tapi dengan orang tua boleh plak dia berubah jadi The Hulk. Ermm, dia sayang kereta mungkin, nanti calar banyak masalah pulak (nak jugak bersangka baik). Padahal perbuatan dia tu tak ethical langsung !
Sedikit sebanyak naluri seorang anak tersentuh. Macam mana kalau ayah kita duduk di tempat pakcik tu? Macam mana perasaan kita bila kita tahu ayah kita diperlakukan tak ubah seperti orang paling jijik dalam dunia? Bila naluri tersentuh, airmata macam mudah-mudah je nak turun, aku tekan punat handphone mencari gerangan suara seorang ayah di rumahku syurgaku. :)

Pesan untuk diri sendiri dan juga orang lain, semoga kejadian macam ni tak berlaku kepada kita. Biar kita miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Sekurang-kurangnya aku masih boleh tersenyum kerana aku tidak berada setaraf dengan perempuan tu. Walaupun dia anak Director syarikat (kaya raya), aku anak orang biasa, at least mak bapak aku ajar cara nak hormat orang, mak bapak aku ajar cara beramah mesra dengan orang lebih tua, mak bapak aku tak membezakan keturunan dan darjat, mak bapak aku tak halang aku berkawan dengan anak pengemis sekalipun. Sehingga ke hari ni, alhamdulillah aku masih boleh melayan orang-orang tua depan mata aku tak ubah macam aku layan mak bapak aku dan datuk nenek aku. Berikan mereka sedikit penghormatan, itu sudah memadai agar mereka rasa dihormati sebagai orang lama.

Nak hormat orang-orang tua bukan kena bayar pun !

''Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.''

No comments:

Post a Comment