Apa guna akal yang waras kalau sengaja nak memberontak?
Tak salah nak memberontak, asalkan tak menyusahkan orang.
Tak salah nak marah asalkan tak libatkan orang.
Tak salah nak menengking, asalkan objek tengkingan tu dinding semata-mata.
Tak salah nak kecik hati, asalkan tiada siapa yang tahu.
Andai diketahui pula, mahu salahkan siapa?
Salahkan lah diri sendiri.
Kenapa mesti begitu?
Kerana, hanya diri sendiri yang mampu mengawal segala amarah dan kekecewaan.
Andai itu penentunya, andai itu kesimpulannya, mengapa mesti melihat dari sudut yang salah?
Sudah ditetapkan, Qada' dan Qadar.
Tak salah kalau hati kurang meredhai.
Pun tak salah kalau ada rasa sangsi.
Kerana semua itu hukum alam, itu adalah lumrah.
Tapi kenapa susah nak menerima?
Jawapannya kerana, sudah terbiasa dengan kesenangan.
Maka tiadalah rasa redha.
Betulkah begitu?
Sesungguhnya belajar untuk meredhai dan menerima sesuatu itu sangat susah.
Tapi tak salah kalau mencuba.
Lagi bagus untuk kesihatan. Kerana mencuba itu adalah penguat minda.
Mana tahu, di sebalik percubaan itu terselit satu cerita tersirat.
Cerita yang pasti kita ingin tahu, tertanya-tanya.
Oleh itu, cubalah bersabar wahai hati.
Jika tidak menerima, dan meredhai sekalipun, cubalah bersabar walau nyawa yang dipertaruhkan.
Tidak rugi bersabar.
Susah itu hanya sekarang, tapi senangnya akan datang kemudian.
Jika itu takdirnya, terima sajalah.
No comments:
Post a Comment