Wednesday, February 9, 2011

saya di pihak anda... :)

"Saya dah kaji benda ni, cuma tunggu maklum balas daripada pihak mereka.." Berkata seorang junior kepada seorang senior, iaitu aku. HAHA. Aku senior okay coz dh part 3 skrg ni.

"Memang betul ke nak buat ni? Dah fikir masak-masak? Serius?" Macam tak percaya sebab mereka masih baru lagi, bukan nak kata aku tak percayakan kebolehan mereka, tapi aku ingatkan itu sekadar gurauan memandangkan budak ni suka berjenaka dan suka menyakat.

"Ye kak.. Kami dah bincang, dah usulkan kepada pihak mereka.. Salah seorang daripada kami dah call pihak sana. Cuma tunggu respond dari sana, and kami kena usaha dekat sini pulak, mencari peluang disini untuk memastikan, hasrat kami tercapai.." Ini memang betul-betul serius dah ni.. Dup dap dup dap jantung terasa. Boleh ke aku sokong mereka? Tak nampak biased? Or tak nampak yang aku ni sehaluan dengan mereka? Eh, memang kami sehaluan, sebab itulah budak ni cari aku nak mintak sokongan. Nampak aku sangat berguna kan? Hee..

"Memang serius nak teruskan? Dah fikir pro and con's?.." Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Tapi nampak gayanya, macam betul-betul.

"Dah la kak.. Saya cuma nak buat perubahan, nak betulkan persepsi masyarakat.. Saya bukan nak balas dendam kak, tapi saya nak betulkan apa yang salah. Hope one day dia boleh nampak and sedar kesalahan dia dalam perkara ni. Akak sudi berdiri di belakang saya..?" Alahai.. Sweetnya permintaan budak ni.

"InsyaAllah kalau benda ni bawa manfaat, akak support korang, nak suruh jadi tulang belakang pun boleh...heeee"

Kesian aku tengok adik-adik aku ni. I mean, junior dekat sini la. Mereka bertungkus-lumus nak betulkan keadaan and nak tunjukkan kebenaran. Simpati aku tengok mereka. Aku pun sama seperti mereka, cuma aku mendiamkan diri sampai ke hari ni. Aku takde inisiatif nak buat sebab aku malas nak libatkan diri pun dalam hal remeh-temeh, baik aku diam and tengok je apa yang jadi. Tapi budak-budak ni kuat semangat betul, macam-macam mereka nak buat. Budak lelaki lah katakan, tak boleh duduk diam kan. Baguslah, jangan jadi orang bodoh ye korang. Akak sokong korang, berdiri di belakang korang no matter what happens. If ada kesilapan dalam usaha tu, kita betulkan. Kita tak buat salah pun so tak payah kita takut.

No comments:

Post a Comment