Lumrah hidup manusia, ingin dicintai dan mencintai. CINTA tak bererti memiliki, tapi memadai jika dibiarkan 'ia' subur di dalam hati tanpa ragu, tanpa 'ubat' yang memusnah. Tetapi mampukah manusia memendam, membiarkan 'cinta' itu tidak bertali. CINTA berhak dirasai, berhak dihormati tapi kenapa cinta kini dijadikan bahan mainan? Seolah-olah cinta tu senang nak dapat kat night market.
Hidup tanpa cinta adalah kelam. Adam tanpa Hawa adalah sia2, manusia tanpa cinta adalah hancur kerana tanpa cinta mana mungkin kita boleh hidup sehingga ke hari ini. Dengan cinta juga Rasulullah s.a.w bertemu Siti Khadijah, dengan cinta juga kita makhluk seindah2 ciptaan, dengan cinta juga kita mampu berdiri. Tapi kenapa cinta sering dibiarkan? Bila ada, tidak diendahkan, bila tiada mula mencari. Aku sendiri pun tak faham. Kena jumpa 'doktor cinta'..Hehehe..
Cinta membuatkan aku merapatkan diri dengan pencipta, tekadkan semangat, kukuhkan jati diri, teguhkan pendirian yang pernah aku langkaui. Tapi cinta itu dibiarkan sia2, terkulai tanpa ada yang simpati. Cinta ini begitu besar, sememangnya 'ia' dihargai sangat2 kerana ni anugerah daripada ALLAH yang tidak ternilai bagi insan seperti aku. Bila kekecewaan itu melangkah ke dalam 'dunia' hati aku, apa yang boleh aku buat? Menangis? Menyendiri? Bermuram sepanjang hari? Ataupun bunuh diri seperti dilakukan oleh manusia2 bodoh lain?? Sebetulnya tidak.
Kesabaran ini walaupun kadang2 dirasakan melebihi limit dia, tapi kenapa aku boleh bertahan sehingga ke hari ini? Kenapa kesabaran itu tak pernah padam? Aku penat, teramat penat, ingin aku lari, tinggalkan segala2nya, tapi aku rasakan kesabaran itu menguasai diri. Aku tak sedar aku seorang yang penyabar, bila soalan itu diajukan kepada abah aku, barulah aku tahu yang selama ini aku memang seorang penyabar, dia mengiyakan soalan tu. Siapalah aku nak persoalkan perasaan dan hati orang lain.
Aku masih berpegang pada kata2 itu, walaupun ia mungkin tiada harga baginya. Tapi bila terkenangkan kata2 itu, aku mampu menaruh harapan. Mulut kata tidak, tapi jauh di sudut hati aku berkata ya! Ya Allah, milik siapakah sekeping hatiku itu...
Apabila manusia sering mengejar kesempurnaan dan kebahagiaan, maka tercicirlah ia dengan kebahagiaan yang tidak pernah disedari. Aku pernah berada dalam situasi macam ni, rasa menyesal yang tak sudah sampai hayat sekarang. Bak kata org "yang dikejar x dapat, yg dikendong berciciran".. ALLAH masih sayangkan aku, Dia menyedarkan aku dalam dunia aku sendiri sehingga aku terlewat menyedari kegembiraan itu sebenarnya wujud disamping aku. Aku x pernah sedar 'org' 2 terlalu sayangkan aku, tapi bila tiba masa, kehilanngannya sangat dirasai.
Kenapa dia yg aku nanti? Kenapa dia yg aku harapkan agar dapat membimbing aku ke jalan lurus selurus lurusnya? Kenapa bila harapan semakin jelas dan terang, semua itu tiba2 hilang, lesap, lenyap. Aku terkilan, sedih. Kesedihan vs kegembiraan. Mana satu pilihannya? Semestinya kegembiraan. Ditinggalkan kesedihan bersama aku utk pergi bersama kegembiraan itu. Aku dibiarkan lemah, terkapar-kapar aku dlm kelemasan mengharapkan secebis harapan. Betapa lemahnya aku waktu itu, dipinggarkan..
Apa maknanya sebuah impian itu? Sering datang dan pergi.. Membawa hati menyusuri jalan2 sepi. Tapi biar diri sepi, jangan hati mati. Perasaan dan rasa ini tak pernah aku biarkan mati, biarkan ia sepi. Aku jaga ia seperti aku menjaga diri aku sendiri, kerana ini anugerah ALLAH, yg mungkin aku xkan dapat lagi.. Adakah rindu ini masih menjadi miliknya??
Membiarkan layang2 itu terbang bebas diudara dengan girangnya ia bermain di atas sana, gembiranya ia berterbangan.. Aku masih disini.. Memerhatikan 'ia' dari jauh.. Menghapus cemburu dan kesedihan ini tatkala 'ia' mengecap bahagia.. Aku masih menunggu.
Namun aku YAKIN,aku pasti dia masih disana tetap setia menanti. Ya, dia tetap disitu dan aku tetap disini. Keyakinan ini xkan aku padamkan kerana tanpa keyakinan kami tidak akan berdiri disini.. Tanpa keyakinan kami bukan sesiapa, tanpa keyakinan kami xkan berjaya.
No comments:
Post a Comment