Friday, March 11, 2011

melakukan kesilapan itu normal

Salah dan silap? Itu normal. Susulan tulisan bertajuk 'Tak Salah Kalau Salah', aku masih berminat dengan hal ini. Mengapa? Kerana aku insan biasa yang selalu melakukan kesilapan. Kita mungkin senang meminta maaf jika melakukan kesilapan, tapi mengapa perlu sukar untuk memaafkan?

Atas apa yang berlaku, kita harus ingat bahawa ia pasti menjadi 'masa lalu'. Berjalanlah dengan lapang dan tenang bersama jiwa yang memaafkan, itu lebih mudah. Barangkali kesilapan itu berpunca daripada kemalangan, mungkin juga kerana kecuaian dan mungkin juga sebab lain. Namun atas apa jua alasan sekalipun, kita bukan tuhan untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi di lembaran semalam.


No comments:

Post a Comment