Mimpi tetap mimpi walau seindah mana ia terlakar sehingga membuatkan aku senyum atau tertawa, melainkan ia menyapa kewujudan menerusi hakikat dan kenyataan. Lantas mengapa harus aku memeluk tubuh sahaja tanpa melakukan apa-apa meski aku telah membayangkan apa yang aku perlukan dalam kehidupan aku?
Cinta hanyalah semata-mata susunan kata. Melainkan aku menemui kata itu di dalam mata insan yang istimewa dalam hidup aku, yang menghargai kehadiran aku di dalam hidupnya dan yang menerima aku seadanya. Hargai selagi aku miliki. Jangan pula berlarutan menangisi sekiranya ia pergi kerna yang pergi itu sudah pasti seharusnya pergi.
No comments:
Post a Comment