Monday, May 23, 2011

single bukan sinonim dengan loser

hi...

ko tengok kanan, ko pusing belakang, ko tengok depan, ko cuba kira berapa ramai manusia yang berstatus single di sekeliling ko? yup, jumlahnya memang sedikit berbanding dengan jumlah manusia yang berpasang-pasangan berkasih sayang bagai tu. entah kenapa, ak tengok zaman sekarang ni ramai sangat manusia (perempuan terutamanya) yang terasa sangat loser, terasa forever alone bila berstatuskan single.

ye, ak faham.... ko mesti terfikir, berjuta-juta manusia kat muka bumi Allah ni dan ak masih single? oh damn no. tak perlu kot rasa macam tu. tak perlu desprate sangatlah nak berboyfriend girlfriend ni. jangan sebab orang lain ada bf/gf ko pun nak jugak. apa kata ko nikmati dulu zaman single ko tu dengan cuci-cuci mata buat pemerhatian jodoh macam mana ko nak dan dalam masa yang sama perbaiki diri tu sendiri supaya ada orang yang berminat nak jadikan ko tu jodoh dia.


untuk yang baru lepas break off, dan paling bullshit pun bila tengok ex ko dah move on dan dapat pengganti sedangkan ko masih stuck hari-hari fikir kenapa clash. mesti ko rasa nak cari pengganti jugak kan? hadoi. lupakan je lah niat tu. apa kata ko nikmati lah hidup single tu dulu, ko perbaiki diri, tengok kat mana silap sampai boleh terputusnya hubungan cinta ko.

ak faham, alasan ko sunyi la, alasan ko nak seseorang la. Come on lah, single kan? jadi ko bebas untuk berkawan. time ni lah ko boleh nak usha-usha lelaki mana sesuai jadi imam solat ko, perempuan mana sesuai jadi ibu kepada anak-anak ko kan. sejak bila pulak ada peraturan kalau single tak boleh nak flirt around kan? mingle around, luaskan pergaulan. kenal lagi ramai orang.

tak salah jadi single, memang bukan satu kesalahan pun. manusia sekeliling yang anggap tu satu kesalahan. macam berdosa besar sangat bila tak ada bf/gf. "hah,ape?ko single. tipu lah tu". hello, come on. ak tak malu jadi single dan ak tak malu nak mengaku kalau ak ada bf. abaikan jew kata-kata orang sekeliling yang konon anggap menjadi seorang yang single ni satu kesalahan yang harus dipandang berat.

dan bagi ak memang ko sendiri sesuai jadi single kalau ko sendiri masih tak mahu ada komitment, ko masih selesa bergerak ke sana ke sini seorang. plus, ak rasa ko memang patut jadi single kalau emosi ko sendiri pun ko tak dapat nak kawal. siapa cakap ada bf/gf ni senang? tanggungjawab tu tetap ada, komitment tu memang perlu, so kalau ko sendiri tak bersedia untuk benda-benda tu.. jadi berhenti complain kenapa ko single. bagi ak better jadi single dari ko couple sebulan dua dah putus sebab konon tak serasi apa jadah haram semua tu. simpan hati anda tu untuk orang yang layak. simpan cinta anda itu untuk manusia yang memang tahu cara menghargainya.

lagipun, Allah memang dah ciptakan segala benda kat muka bumi Dia ni berpasang-pasangan. Sudu ada Garfu, Meja ada Kerusi, Langit ada Bumi, jadi insyaAllah Kau ada Dia. cepat atau lambat jodoh ko pasti akan tiba. mana tau orang yang tak disangka-sangkakan? Jangan pertikaikan janji Allah. berdoalah agar ko dapat Jodoh yang baik, berdoalah semoga jodoh itu berkekalan jugak.


jadi.. tak perlulah nak touching emo sangat kalau ko tu single. relax sudah.

No comments:

Post a Comment