takut satu hari nanti ko sendiri kecewa.
tapi bagaimana mahu mengawalnya?
ko bercakap tentang perasaan, tentang manusia.
perasaan memang tidak boleh dikawal,
dan manusia memang streotaipnya tidak pandai mengawal.
ah mana mungkin mahu dikawal,
bila ko marah, ko rindu, ko sakit,
boleh ko kawal rasa itu?
penipu tampal di dahi jika ko kata boleh.
begitu juga dengan rasa sayang, rasa cinta,
memang tidak boleh dikawal.
rasa itu tak boleh dikawal,
cuma apa yang boleh dikawal adalah luahan itu,
ekspresi ko, cara ko menunjukkannya,
hahh itu memang boleh dikawal.
jadi, kawallah cara ko menunjukkan rasa sayang itu,
ak paham, ka sayang dy seluruh jiwa raga,
tapi kawal lah penampakkan perasaan itu,
jangan sampai dy buat rasa bangga buat ko macam hamba,
takut satu hari nanti ko sendiri yang kecewa.
kawal. Ingat tu.
kawal. Ingat tu.
No comments:
Post a Comment