Friday, May 20, 2011

senarai idaman

hi readers...

"ciri-ciri lelaki/perempuan idaman itu hanya senarai semata.
bila kau dah JATUH CINTA, semua senarai tu kau dah lupa.
yang kau ingat cuma rasa BAHAGIA"

okay, beberapa hari yang lepas ak terfikir benda ni..then bile ak search pasal hal ni, ramai jugak yang bersetuju dengan perkara ni.



Serius, ak sendiri rasa perkara ni. sebelum ada bf, zaman hidup single lah kononnya, kita akan ada satu senarai di mana bakal bf/gf kita tu mesti ada ciri-ciri dalam senarai tu.. panjang pendek senarai tu bergantung la pada tuan empunya badan kan. makin cerewet makin lah panjang senarai kau tu. tapi bagi ak, nak panjang senarai pon tak kesah. nak pilih bf/gf kot, niat nak kekal lama, so takpe la cerewet sikit kan.

tapi sedar atau tidak, bila dah jatuh cinta, bila kau dah jumpa seseorang yang buat kau rasa bunga-bunga, senarai kau tu kau dah buang jauh-jauh. kau dah tak ingat pun senarai kau tu. kau dah kesah dy tu macam mana, yang kau kesah dy mampu buat kau happy senyum sambil tido tiap malam. senarai yang kau buat tu, kau hanya akan jadikan garis panduan semasa mencari atau memilih pasangan. yelah, takde la bf/gf kau tu lari jauh sangat dari taste kau kan. bila kau da sayang, dah cinta, semua senarai tu dah tak penting lagi dah.

senarai adam idaman dan hawa impian ni sepatutnya tidak menghalang kita dari mencari cinta yang sejati. aku percaya, masih wujud cinta sejati kat luar sana. Allah dah ciptakan semua benda dalam dunia ni berpasangan. jadi tak perlu risau lah. anda boleh teruskan senarai tersebut, cuma bila sampai satu saat, senarai itu hanya senarai, bukan lagi kepentingan dalam hubungan antara dua manusia.

jadi kawan-kawan, kalau dah dapat bf/gf yang menepati senarai, cepat ucap ALHAMDULILLAH dan bagi yang masih mencari, GOOD LUCK dan selamat bercinta.
till then, take care. :)

No comments:

Post a Comment