better here than outhere
Saturday, November 26, 2011
Thursday, May 26, 2011
penat bercinta
Siapa single person here? kalau ye, anda boleh terus membaca sebab topic ni memang untuk orang-orang macam kita. kalau anda dah ada bayang dah memang hati tengah bunga-bunga, tak payah la susah-susahkan diri nak baca eh.
okay, for single hot ladies out there, or errr and handsome gagah perkasa guy out there too, pernah tak korang rasa dah trauma nak bercinta? dah penat nak bercinta? pernah tak? rasa malas nak fikir pasal loving2 things ni. malas nak semakkan kepala fikir mana nak carik bf/gf baru. rasa penat walaupun pandangan keji orang ramai terhadap orang single ni. yeahh, walaupun kadang-kadang terasa ada L besar tertampal kat dahi dan foreveralone tapi ko masih malas dan penat jugak nak bercinta. pernah tak? (amboi. kemain panjang ayat ak nak explain kan)
entah, bagi ak usia 22 bukan lagi usia yang sesuai untuk mengamalkan konsep skandal-skandal haram jadah tu. dah tiba masa untuk serius relationship. tapi nak buat macam mana, bila kita serius ada aral pulak menlintang dan hubungan tu gagal. dan bila hubungan itu gagal, tiba-tiba ada satu perasaan dalam diri bila dah fobia or penat or malas nak berfikir pasal cinta-cintu neh.
kenapa rasa trauma? malas? rasa penat? entah. ak dah penat nak kenal-kenal lelaki. nak mulakan balik sesi suai kenal. nak kena mula balik proses ak faham ko dan ko faham ak. mulakan balik proses ak terima ko dan ko terima ak. semua benda tu bagi ak memang ambil masa. dah la dengan perangai ak yang mudah berubah-ubah ni, lagi lah ambik masa untuk orang nak faham ak. so kesimpulannya dah malas, da penat. siapa yang ada rasa macam yang ak rasa?
jadi apa yang harus kita lakukan? ko tanya ak? ak cuma amalkan konsep "kalau ada, ada lah". so maksudnya just go with the flow. layankan jew apa yang jadi kat hidup ni. nikmati tiap saat yang ada. tak payah sibuk-sibuk nak fikir dengan siapa ko nak kawin ke, anak nak berape ke haram jadah semua tu. better lah kot kan.
rasa malas atau penat bercinta untuk waktu sementara mungkin tak mengapa. tapi jangan sesekali ko rasa serik nak bercinta. ye, mungkin ko dah dikecewakan beberapa kali atau mungkin berpuluh kali dengan jantina lawan, tapi itu bukan alasan. there are someone for you out there. jangan sesekali wujudkan pandangan streotaip kepada jantina lawan semata-mata sebab perangai mereka yang pernah hadir dalam hidup ko seperti ko yang mengecewakan ko. plus, bercinta ni menyeronokkan apa. thrill.
Wednesday, May 25, 2011
betapa
betapa aku berharap kamu ada di sisi aku,
bergurau senda seperti selalu,
kau rangkul pinggangku dan pinjamkan bahu kamu.
betapa aku berharap kamu terus sayang aku,
terus pandang aku terus kekalkan aku dalam hati kamu,
beri sedikit ruang dalam hidup kamu untuk aku.
betapa aku berharap kamu aku yang punya,
sumpah tak banyak yang aku pinta,
aku cuma mahu kamu jadi milik aku,
tak pinta untuk selamanya,
tapi sekurang-kurang hingga aku kehabisan nyawa.
lelaki patut tahu
perhatian kepada semua lelaki,
anda semua patut tahu bahawa,
kami kaum perempuan pun ada EGO kami sendiri.
bezanya,
kami tahu bila patut direndahkan atau ditinggikan ego itu.
jadi sudah-sudahlah julang ego kaum anda itu,
kerana kami pun punya ego kami sendiri.
kadang-kadang penat itu datang bila hati dilayan macam sampah,
dan waktu itu ego itu muncul.
dan bila ego itu muncul,
mungkin lebih tinggi dari ego yang anda bangga-banggakan itu.
Monday, May 23, 2011
single bukan sinonim dengan loser
hi...


jadi.. tak perlulah nak touching emo sangat kalau ko tu single. relax sudah.
ko tengok kanan, ko pusing belakang, ko tengok depan, ko cuba kira berapa ramai manusia yang berstatus single di sekeliling ko? yup, jumlahnya memang sedikit berbanding dengan jumlah manusia yang berpasang-pasangan berkasih sayang bagai tu. entah kenapa, ak tengok zaman sekarang ni ramai sangat manusia (perempuan terutamanya) yang terasa sangat loser, terasa forever alone bila berstatuskan single.
ye, ak faham.... ko mesti terfikir, berjuta-juta manusia kat muka bumi Allah ni dan ak masih single? oh damn no. tak perlu kot rasa macam tu. tak perlu desprate sangatlah nak berboyfriend girlfriend ni. jangan sebab orang lain ada bf/gf ko pun nak jugak. apa kata ko nikmati dulu zaman single ko tu dengan cuci-cuci mata buat pemerhatian jodoh macam mana ko nak dan dalam masa yang sama perbaiki diri tu sendiri supaya ada orang yang berminat nak jadikan ko tu jodoh dia.
untuk yang baru lepas break off, dan paling bullshit pun bila tengok ex ko dah move on dan dapat pengganti sedangkan ko masih stuck hari-hari fikir kenapa clash. mesti ko rasa nak cari pengganti jugak kan? hadoi. lupakan je lah niat tu. apa kata ko nikmati lah hidup single tu dulu, ko perbaiki diri, tengok kat mana silap sampai boleh terputusnya hubungan cinta ko.
ak faham, alasan ko sunyi la, alasan ko nak seseorang la. Come on lah, single kan? jadi ko bebas untuk berkawan. time ni lah ko boleh nak usha-usha lelaki mana sesuai jadi imam solat ko, perempuan mana sesuai jadi ibu kepada anak-anak ko kan. sejak bila pulak ada peraturan kalau single tak boleh nak flirt around kan? mingle around, luaskan pergaulan. kenal lagi ramai orang.
tak salah jadi single, memang bukan satu kesalahan pun. manusia sekeliling yang anggap tu satu kesalahan. macam berdosa besar sangat bila tak ada bf/gf. "hah,ape?ko single. tipu lah tu". hello, come on. ak tak malu jadi single dan ak tak malu nak mengaku kalau ak ada bf. abaikan jew kata-kata orang sekeliling yang konon anggap menjadi seorang yang single ni satu kesalahan yang harus dipandang berat.
dan bagi ak memang ko sendiri sesuai jadi single kalau ko sendiri masih tak mahu ada komitment, ko masih selesa bergerak ke sana ke sini seorang. plus, ak rasa ko memang patut jadi single kalau emosi ko sendiri pun ko tak dapat nak kawal. siapa cakap ada bf/gf ni senang? tanggungjawab tu tetap ada, komitment tu memang perlu, so kalau ko sendiri tak bersedia untuk benda-benda tu.. jadi berhenti complain kenapa ko single. bagi ak better jadi single dari ko couple sebulan dua dah putus sebab konon tak serasi apa jadah haram semua tu. simpan hati anda tu untuk orang yang layak. simpan cinta anda itu untuk manusia yang memang tahu cara menghargainya.
lagipun, Allah memang dah ciptakan segala benda kat muka bumi Dia ni berpasang-pasangan. Sudu ada Garfu, Meja ada Kerusi, Langit ada Bumi, jadi insyaAllah Kau ada Dia. cepat atau lambat jodoh ko pasti akan tiba. mana tau orang yang tak disangka-sangkakan? Jangan pertikaikan janji Allah. berdoalah agar ko dapat Jodoh yang baik, berdoalah semoga jodoh itu berkekalan jugak.
jadi.. tak perlulah nak touching emo sangat kalau ko tu single. relax sudah.
Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 21, 2011
will you be my boyfriend?
Friday, May 20, 2011
senarai idaman
hi readers...

Serius, ak sendiri rasa perkara ni. sebelum ada bf, zaman hidup single lah kononnya, kita akan ada satu senarai di mana bakal bf/gf kita tu mesti ada ciri-ciri dalam senarai tu.. panjang pendek senarai tu bergantung la pada tuan empunya badan kan. makin cerewet makin lah panjang senarai kau tu. tapi bagi ak, nak panjang senarai pon tak kesah. nak pilih bf/gf kot, niat nak kekal lama, so takpe la cerewet sikit kan.
senarai adam idaman dan hawa impian ni sepatutnya tidak menghalang kita dari mencari cinta yang sejati. aku percaya, masih wujud cinta sejati kat luar sana. Allah dah ciptakan semua benda dalam dunia ni berpasangan. jadi tak perlu risau lah. anda boleh teruskan senarai tersebut, cuma bila sampai satu saat, senarai itu hanya senarai, bukan lagi kepentingan dalam hubungan antara dua manusia.
jadi kawan-kawan, kalau dah dapat bf/gf yang menepati senarai, cepat ucap ALHAMDULILLAH dan bagi yang masih mencari, GOOD LUCK dan selamat bercinta.
till then, take care. :)
"ciri-ciri lelaki/perempuan idaman itu hanya senarai semata.
bila kau dah JATUH CINTA, semua senarai tu kau dah lupa.
yang kau ingat cuma rasa BAHAGIA"
bila kau dah JATUH CINTA, semua senarai tu kau dah lupa.
yang kau ingat cuma rasa BAHAGIA"
okay, beberapa hari yang lepas ak terfikir benda ni..then bile ak search pasal hal ni, ramai jugak yang bersetuju dengan perkara ni.

Serius, ak sendiri rasa perkara ni. sebelum ada bf, zaman hidup single lah kononnya, kita akan ada satu senarai di mana bakal bf/gf kita tu mesti ada ciri-ciri dalam senarai tu.. panjang pendek senarai tu bergantung la pada tuan empunya badan kan. makin cerewet makin lah panjang senarai kau tu. tapi bagi ak, nak panjang senarai pon tak kesah. nak pilih bf/gf kot, niat nak kekal lama, so takpe la cerewet sikit kan.
tapi sedar atau tidak, bila dah jatuh cinta, bila kau dah jumpa seseorang yang buat kau rasa bunga-bunga, senarai kau tu kau dah buang jauh-jauh. kau dah tak ingat pun senarai kau tu. kau dah kesah dy tu macam mana, yang kau kesah dy mampu buat kau happy senyum sambil tido tiap malam. senarai yang kau buat tu, kau hanya akan jadikan garis panduan semasa mencari atau memilih pasangan. yelah, takde la bf/gf kau tu lari jauh sangat dari taste kau kan. bila kau da sayang, dah cinta, semua senarai tu dah tak penting lagi dah.
senarai adam idaman dan hawa impian ni sepatutnya tidak menghalang kita dari mencari cinta yang sejati. aku percaya, masih wujud cinta sejati kat luar sana. Allah dah ciptakan semua benda dalam dunia ni berpasangan. jadi tak perlu risau lah. anda boleh teruskan senarai tersebut, cuma bila sampai satu saat, senarai itu hanya senarai, bukan lagi kepentingan dalam hubungan antara dua manusia.
jadi kawan-kawan, kalau dah dapat bf/gf yang menepati senarai, cepat ucap ALHAMDULILLAH dan bagi yang masih mencari, GOOD LUCK dan selamat bercinta.
till then, take care. :)
Thursday, May 19, 2011
kawal sayang
orang kata kalau sayang tu berpada-padalah,
takut satu hari nanti ko sendiri kecewa.
tapi bagaimana mahu mengawalnya?
ko bercakap tentang perasaan, tentang manusia.
perasaan memang tidak boleh dikawal,
dan manusia memang streotaipnya tidak pandai mengawal.
ah mana mungkin mahu dikawal,
bila ko marah, ko rindu, ko sakit,
boleh ko kawal rasa itu?
penipu tampal di dahi jika ko kata boleh.
begitu juga dengan rasa sayang, rasa cinta,
memang tidak boleh dikawal.
rasa itu tak boleh dikawal,
cuma apa yang boleh dikawal adalah luahan itu,
ekspresi ko, cara ko menunjukkannya,
hahh itu memang boleh dikawal.
jadi, kawallah cara ko menunjukkan rasa sayang itu,
ak paham, ka sayang dy seluruh jiwa raga,
tapi kawal lah penampakkan perasaan itu,
jangan sampai dy buat rasa bangga buat ko macam hamba,
takut satu hari nanti ko sendiri yang kecewa.
kawal. Ingat tu.
kawal. Ingat tu.
perempuan pelik
pelik sungguh perempuan itu,
bersabar tahan amarah tahan hati tahan tangis dalam jiwa,
berharap satu hari lelaki itu akan memahami dia.
pelik sungguh perempuan itu,
kekal ada dengan lelaki itu siang malam pagi petang,
berharap satu hari lelaki itu sedar akan kewujudan dia.
pelik sungguh perempuan itu,
menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa menganggap dia nyawa dia,
berharap satu hari lelaki itu berkata 'kamu oksigen saya'.
pelik sungguh perempuan itu,
sanggup tahan perlian makian dunia berkata bodohnya dia,
kerana cuma berharap lelaki itu cintanya hanya untuk dia.
dan peliknya,
lelaki itu sebenarnya tidak pernah peduli.
tak pernah ada apa dalam hati.
dan peliknya,
rasa dalam hati si perempaun itu takkan pernah mati.
pelik.
Monday, May 16, 2011
review KONGSI
Ak rasa satu Malaysia tahu ni cerita apa kan? dengan promotion dia yang agak meluas, maka ramai lah yang teruja dengan filem ni. Ak baru berkesempatan tengok filem ni malam tadi. Tapi sebelum nak tengok tu memang dah ramai lah yang cakap-cakap "tak payah tengok, tak best, sucks, ending tergantung, and what so ever". So kat situ aku dengan kawan-kawan aku dah sedikit down, tapi takpe, kita tengok je lah dulu, lain orang lain cara dia kan. dan selepas tengok, sumpah aku nak jerit "FUCK YOU" kepada yang cakap kongsi tak best.
Bagi ak Kongsi filem yang seronok. ak penat gelak, ak tak sempat nak rasa bosan. Memang lah cerita tu sekejap je, satu jam 20 minit ak rasa. tapi tetap seronok bagi ak. Ak confirm, siapa yang cakap Kongsi tak best tu mesti dalam panggung buat keje lain... raba-raba peluk-peluk yelah sejuk kan dalam panggung, tu yang tak sempat nak fahamkan cerita tu macam mana. dan apa yang susah sgt nak faham plot cerita? susah sgt nak faham kenapa itu kenapa ini? bagi ak satu jew masalah orang Malaysia ni, suka sangat complain.
mari kita bincangkan beberapa pertikaian pasal cerita ni.
1 - Plot/Sinopsis
- susah sangat ke nak faham kenapa sorang g Malaysia, sorang g India, sorang g Jepun? hadoi, Kempedu tu ketua kongsi gelap paling berpengaruh kat Thailand kononnya, so dy hantar budak-budak dy kat tempat tu untuk hura-harakan kongsi gelap kat negara yang dihantar tu. dan itu menjawab persoalan kenapa Temulak tu bunuh budak-budak geng kongsi gelap 1 M'sia tu. Geng 1 M'sia tu (Pak Maliki, Jimmy & Victor) tu leader kongsi gelap paling berpengaruh, ko sendiri tengok lah sampai polis pun kenal macam tu. dan ko cakap kenapa Temulak pergi M'sia? sebab ada Sharif bin Sahrifuddin tu. Dy berdendam dengan si Sharif tu sebab tak bagi dy menang masa lawan tomoi dan sebab dy kalah lah dy kena jadi hamba Kempedu sampai mati.
Mana dy dapat kerete biru lawa tu? hadoiyai, kalau dy boleh bunuh orang, tetak orang, setakat curi kerete ape nak ade hal kan? kenapa dua waja tu dilanyak sampai habis dan evo tu relax takde calar? come on laa, bajet filem M'sia tak begitu tinggi untuk memusnahkan sebiji evo tu begitu sahaja. satu balai polis hanya dibekalkan sebijik jew evo tu. plus, time kejar-mengejar kan waja yang kat depan kan? kat situ dy nak tunjukkan yang kerete M'sia tetap the best. faham?
2 - Shooting/Camera Study
- bagi ak satu kelemahan cerita ni cuma dekat camera. itu jew. ak perhatikan shoot akan fokus kepada orang yang bercakap sahaja dan banyak shoot yang kabur. itu Farid Kamil je lah boleh jawab kenapa kan. dy banyak gunakan shoot MCU (medium close-up) untuk scene bercakap dan wideshoot lah untuk action kan.
3 - ending tergantung
- apanya yang tergantung pun ak tak faham. ending macam mana yang korang nak? we talking about movie, movie mesti ada mesej. biasalah, mesej tipikal orang jahat mesti kena tangkap juga. so same goes to this movie. Temulak yang hebat tu last-last kena tengkap jugak. hah, apanye lagi yang tergantung? kenapa polis nak tangkap dy? gila ko dy dah bunuh berapa orang dah tu nak biarkan jew lah?
4 - aksi lawan-lawan, kejar-kejar
- biasalah, cerita pun pasal kongsi gelap kan? fushoo lah mesti nak ada part berlawan part berkejar part bertumbuk. satu fakta yang korang harus tau, semua aksi stunt dalam cerita tu pelakon buat sendiri okay. part tergantung-gantung apa semua tu. korang ingat ramai ke pelakon Malaysia yang nak buat stunt sendiri? dan pelakon Kongsi memang wajar ditabik. tau nak mengutuk si polis Olla tu boobs bergoyang time kejar Temulak, bodoh jew ko. Perempuan mana yang berlari boobs tak bergoyang? pfttt~
5 - skrip
- skrip cerita ni bagi ak mantap. tak perlu ayat belit-belit sangat lah untuk fahamkan apa yang dy cuba nak sampaikan.
6 - watak perwatakan
- bagi aku watak-watak dalam tu menonjol. Temulak tu tak payah nak cerita lah kan. watak Sharif bin Sharifuddin (fizo) bagi ak tak annoying. selalu kan kalau watak-watak polis muda ni mesti annoying kan? plus, watak isteri Sharif bin Sharifuddin (Fida) tu menonjol kot walaupun sekejap jew. watak Mikail (azad) sangat funny! ahli kongsi gelap yang gelabah. haha. watak Olla, Yati dan Boboy pun menonjol. Boboy dy punya pengenalan watak agak menarik, baju set pink dengan bunga jadi sanggul. haha
dah. ape lagi yang korang tak faham lagi? meh ak terangkan.
sumpah ak tak faham kenapa nak cakap tak best, tu lah orang Malaysia, tahu complain jew. cuba suruh ko buat filem, kite tengok macam mana. dan lagi satu, masalah yang ak nampak bila orang yang tak tahu pape pasal macam mana proses buat filem pastu nak complain pasal filem. nak complain pasal kenapa camera shaking la kenapa tu kenapa ni. dan ko patut tahu buat satu produksi ni bukan benda yang mudah, lagi-lagi dengan bajet yang rendah.
aku bagi 9.5/10 untuk kongsi.
ada pape masalah?
Saturday, May 14, 2011
Monday, May 9, 2011
Friday, May 6, 2011
annoying so much!
Aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa betul2 nak cekik manusia tuh sampai mati
(mampos). Geram!! Sakit hati!! Eeeii.. nak cekik2 biar hidup setakat ni jew.
Dasar mulut puaka!!! Puaka!!! Puaka!!!
No more baik2 lagi, aku benci ko !!!
Boleh blah, peduli apa aku. Hidup ko tu gak, tak sabit apa pun dengan aku. Mati hidup ko pun kaum kerabat ko jew ambik kesah lepas ni.
BACK STABBER............!!!!!!!
***** punya pompuan. I can forgive u, but can u get out of my life?!!!! No wonder orang duk mengata ko, aku jew yang kurang cerdik, asyik backup ko.
Get out of here!!
Aku tak pernah mintak nak kenal dengan ko, and aku tak pernah mintak nak jadi kawan ko. Terima kasih banyak kat kawan2 yang perkenalkan aku dengan ko.
(tak kenal ko lagi baik laa..aku pun tak rugi ape2. loser...!!!..)
sabar weyh..she's stupid more than u think, dat's the best reason why she's doing like
(mampos). Geram!! Sakit hati!! Eeeii.. nak cekik2 biar hidup setakat ni jew.
Dasar mulut puaka!!! Puaka!!! Puaka!!!
No more baik2 lagi, aku benci ko !!!
Boleh blah, peduli apa aku. Hidup ko tu gak, tak sabit apa pun dengan aku. Mati hidup ko pun kaum kerabat ko jew ambik kesah lepas ni.
BACK STABBER............!!!!!!!
***** punya pompuan. I can forgive u, but can u get out of my life?!!!! No wonder orang duk mengata ko, aku jew yang kurang cerdik, asyik backup ko.
Get out of here!!
Aku tak pernah mintak nak kenal dengan ko, and aku tak pernah mintak nak jadi kawan ko. Terima kasih banyak kat kawan2 yang perkenalkan aku dengan ko.
(tak kenal ko lagi baik laa..aku pun tak rugi ape2. loser...!!!..)
sabar weyh..she's stupid more than u think, dat's the best reason why she's doing like
Subscribe to:
Comments (Atom)











